Percaya?

Kalau kita masih ingat, dulu masa zaman-zaman tengah gayat guna email mesti ada antara kita yang dapat email berkenaan kekuasaan Allah. Adalah gambar batu bertulis kalimah Allah, awan berbentuk kalimah Allah, pokok yang berbentuk orang sujud (malah ada bergaris arah kiblat dalam gambar tu) dan bermacam-macam. Gunung. Batu. Aurora pun masuk dalam list.

So what? Apa hikmahnya? Kita kena bersyukur kita Islam kah? Kita kena forward kepada orang lain kah email tu?

TERNYATA TIDAK!

Ape ko cakap ni Ainan. Ajaran sesat ke?

Bukan ajaran sesat. Tapi fikiran logik yang mudah.
Sebelum kita sibuk nak forward email  tu, cuba fikir persoalan ni;

  • Sahih kah gambar tu? Sekarang dengan Adobe Photoshop mudah saja gambar-gambar tersebut dieksploitasi.
  • Bagaimana kalau ada gambar-gambar alam yang membentuk salib, bintang David dan lambang agama-agama lain? (tolak Bahai kerana itu adalah kompilasi) Adakah Allah mengiyakan agama lain berdasarkan 'bukti' penciptaannya?

Sebagai manusia matang dan berakal, sewajarnya email sedemikian membawa mesej yang baik; menontonkan kebesaran Allah SWT kepada semua receipent email tersebut. Tapi, dua persoalan di atas harus diambil kira kerana ada kebarangkalian email tersebut dihantar oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Ternyata, niat tak menghalalkan cara.

Bukan niat penulis untuk mempertikaikan usaha kita sebagai hamba Allah menikmati dan mendalami kebesaran Dia cuma penulis sedikit terkilan kerana terlalu banyak perkara sebagitu tersebar dengan mudah melalui email dan Instant Messaging. Ada email yang berisi ayat-ayat Quran dan seruan-seruan supaya disebarkan email tersebut kepada orang lain dan jika tidak, malapetaka akan berlaku kepada sesiapa yang tidak menyampaikan 'amanah' tersebut.

Apakah logik, jika kita dapat satu pesanan melalui Instant Messaging berkenaan sesuatu ayat Quran dan jika kita tidak forward, nanti bala atau malapetaka akan tiba.

Please guys, be logical.

Jangan sampai orang Islam dikatakan kolot!

Sekian.

Artikel ini adalah adaptasi artikel seorang penulis blog Indonesia, alhabib dan sekali lagi penulis menyatakan artikel ini bukan berniat untuk mempersoal atau memperkecil kebesaran Allah SWT. Moga beri manfaat.

6 comments :: Percaya?

  1. erm sume org ada akal fikiran,
    namun yg membezakn manusia ialah nilai keimanan serta kekuatan akidah...
    bg aku la,bnd ni mcm salah satu cabang dakwah gak but kalo kita dpt email tu then x yah fwd pon xpe..coz tuhan kalo nk bg bala, xyah tgg bnd2 ni kn?
    haha...bnd lama la ni ainan...but melayu mudah lupa kn(kata tun dr mahathir yg aku suka dgr)

  2. memang pn...hehe
    aku mase tulih mnde ni pn fikir due kali...
    coz mcm dh lapuk sgt...

    tp xpe la... pasal org kite jugak yg suke mnde superstition nih...

  3. It's always good to deviate a bit from common topics i.e. politics, current issues once in a while. Kudos to u for bringing this up.

  4. i have to agree with you particularly with the way we thought that we could get bala if we dont continue the chain of dakwah merely by not forwarding quran verses and pious' sayings.

    i believe dakwah should be seen in a wider spectrum, and not just telling people what/not to do in life. arming ourselves (dakwah within ourselves) is also part of dakwah, as far as i am concerned.

    as the saying has it, charity begins at home, so does the concept of dakwah. i agree that everyone, educated or not, can do the noble act of dakwah. but an effective act of dakwah is when it is backed with prior knowledge, deep understanding and comprehension of the issue.

    as far as i can see, the worst thing which is happening and can perpetually happen is, people have this slight feeling of 'terasa diri lebih alim dari orang lain' just by click and send dakwah email. i hope it is not happening to any of us.

    it doesn't matter whether this material is outdated or new. as long as it makes us think and provoke our thinking, why not sharing? thanks ainan.

  5. terima kasih.
    komen korg menjadikn aku yakin post aku signifikan...

    :D

    dah lama ada niat nk menyumbang (bukan lagu) tapi baru sekarang dpt buat.

  6. sekadar perkongsian..(klik pada nama)

Post a Comment