Terima kasih kerana kekuatan,
Tanpa izin, aku tiada.
Terima kasih kerana susuan,
Sedang aku melalaki tangisan.
Terima kasih kerana dodoian,
Nyanyian lunak penyaman telinga.
Terima kasih kerana bebelan,
Membuatkan aku jaga sentiasa.
Maafkan aku,
Kerana rangkap-rangkap ini tidak cukup,
Membahasakan semuanya,
Malah langsung tidak cukup,
Membalasnya.
Dari air hina hingga dewasa,
Kau beri semuanya,
Hati budi penuh erti,
Tanpa henti memberi erti.
Walaupun cubitan penuh bisa,
Masih kasih menusuk jiwa.
Terima kasih atas semuanya,
Moga Dia balas segala.
dari air hina? kenape hina? bkn suci ke?
mache
May 10, 2009 at 5:44 AMhina la.
betul ada sebut.
tp aku dh lupe yg mana...
caliphkaai
May 10, 2009 at 7:22 AMSelamat Hari Ibu.
Izham Ismail
May 10, 2009 at 2:29 PMtakde orang nak update pasal reunion ariu tuke?ak tak pat join.
sangcXL3
June 23, 2009 at 11:38 PMupdate! update! update! update! UPDAAAAAAAAAAAAAAATE!!!!
merefoix
July 18, 2009 at 7:27 AMsalam.
mungkin caliphkaai ambil dari ayat ini.
"Yang demikian itu ialah Tuhan Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." [as-sajdah: 6-9]
puisi yg hebat.
ain
March 12, 2010 at 9:55 PM