Mari-mari Sayang Dia.

6 comments
Terima kasih kerana kekuatan,
Tanpa izin, aku tiada.

Terima kasih kerana susuan,
Sedang aku melalaki tangisan.

Terima kasih kerana dodoian,
Nyanyian lunak penyaman telinga.

Terima kasih kerana bebelan,
Membuatkan aku jaga sentiasa.

Maafkan aku,
Kerana rangkap-rangkap ini tidak cukup,
Membahasakan semuanya,
Malah langsung tidak cukup,
Membalasnya.

Dari air hina hingga dewasa,
Kau beri semuanya,
Hati budi penuh erti,
Tanpa henti memberi erti.

Walaupun cubitan penuh bisa,
Masih kasih menusuk jiwa.

Terima kasih atas semuanya,
Moga Dia balas segala.